Penyakit:- Dari Mana Ia Bermula?
Biasa mendengar pepatah inggeris "You are what you eat"? Bagi muslim pula mungkin sudah biasa mendengar atau membaca hadith atau ayat Al-Quran mengenai pemakanan dan kesihatan seperti;
"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan"
( Surah al-A'raf:31)
"Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada yang telah Kami rezekikan kepadamu"
(Surah al-Baqarah:172)
"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim)
Yakinilah sahabat semua, kemerosotan kualiti kesihatan kita adalah kesan langsung dari sikap kita yang tidak menitikberatkan isu makanan dan pemakanan. Selain itu, amalan senaman yang kurang dilakukan atas faktor kesibukan kerja seharian menjadi resepi tambahan kepada masalah kesihatan yang sedia ada menjadi lebih buruk.
Ini adalah sistem pencernaan manusia yang akan mempengaruhi keadaan kesihatan fizikal secara langsung. Bermula dari kunyahan pertama di bahagian mulut, proses tindakbalas bio-kimia memulakan proses pencernaan sebelum dihantar ke bahagian perut melalui esofagus. Rasullullah SAW bersabda sebagai panduan kepada kita agar mengunyah makanan sehingga menjadi halus dan ianya bersebab.
Apabila makanan sudah menjadi halus, maka mudahlah untuk ia melalui esofagus dan asid gaster didalam perut lebih senang untuk menguraikan makanan itu. Pernah tidak anda merasa seperti sukar bernafas tatkala makanan melalui esofagus anda? Saluran tekak anda juga berkongsi dengan sistem pernafasan anda. Sekiranya anda tidak menguyah makanan anda menjadi halus dan anda menelannya dalam jumlah yang banyak, pasti anda akan rasa sesak nafas disebabkan udara tidak sampai ke peparu anda. Fahamkan mengapa Rasullullah SAW menyarankan kita untuk mengunyah halus sebelum menelan.
Ketika peringkat bayi, boleh dikatakan pemakanan bayi yang diberikan oleh ibubapa adalah terbaik kerana makanan yang disediakan adalah segar dan semulajadi. Usaha ibubapa yang tidak bergantung kepada makanan siap proses amat dipuji. Ini kerana boleh dikatakan makan siap proses ini mengandungi perisa tambahan, pengawet serta pewarna tiruan.
Ketika anak-anak membesar dan terdedah kepada persekitaran yang dikelilingi makanan siap proses. Dikenali juga sebagai junk food, jajan (panggilan ketika zaman kanak-kanak dahulu) dan makanan ini mempunyai rendah nilai khasiatnya malahan berbahaya kepada kesihatan anak-anak. Tetapi siapa boleh melarang tatkala anak-anak berada diluar pemerhatian ibubapa. Pada satu tahap, anak-anak ini menjadi "ketagih" kepada makanan siap proses. Ia berlarutan kepada tahap mereka menjadi dewasa. Terdedah pula kepada makanan berminyak, manis dan berlemak.
Sukar untuk menahan godaan makanan seperti ini,kan? Ini resepi kepada kemorosotan kualiti kesihatan. Kurang kesedaran + gaya hidup kurang sihat + tuntutan kerja yang berlebihan + tiada pemantauan kesihatan secara berkala + ambil mudah soal kesihatan tubuh = penyakit berbahaya serta kronik.

No comments:
Post a Comment