Tuesday, April 19, 2016

Penyakit:- Dari Mana Ia Bermula?



    Biasa mendengar pepatah inggeris "You are what you eat"? Bagi muslim pula mungkin sudah biasa mendengar atau membaca hadith atau ayat Al-Quran mengenai pemakanan dan kesihatan seperti;

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" 
( Surah al-A'raf:31)

"Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada yang telah Kami rezekikan kepadamu" 
(Surah al-Baqarah:172)

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim)

    Yakinilah sahabat semua, kemerosotan kualiti kesihatan kita adalah kesan langsung dari sikap kita yang tidak menitikberatkan isu makanan dan pemakanan. Selain itu, amalan senaman yang kurang dilakukan atas faktor kesibukan kerja seharian menjadi resepi tambahan kepada masalah kesihatan yang sedia ada menjadi lebih buruk.


    Ini adalah sistem pencernaan manusia yang akan mempengaruhi keadaan kesihatan fizikal secara langsung. Bermula dari kunyahan pertama di bahagian mulut, proses tindakbalas bio-kimia memulakan proses pencernaan sebelum dihantar ke bahagian perut melalui esofagus. Rasullullah SAW bersabda sebagai panduan kepada kita agar mengunyah makanan sehingga menjadi halus dan ianya bersebab. 

    Apabila makanan sudah menjadi halus, maka mudahlah untuk ia melalui esofagus dan asid gaster didalam perut lebih senang untuk menguraikan makanan itu. Pernah tidak anda merasa seperti sukar bernafas tatkala makanan melalui esofagus anda? Saluran tekak anda juga berkongsi dengan sistem pernafasan anda. Sekiranya anda tidak menguyah makanan anda menjadi halus dan anda menelannya dalam jumlah yang banyak, pasti anda akan rasa sesak nafas disebabkan udara tidak sampai ke peparu anda. Fahamkan mengapa Rasullullah SAW menyarankan kita untuk mengunyah halus sebelum menelan.

    Ketika peringkat bayi, boleh dikatakan pemakanan bayi yang diberikan oleh ibubapa adalah terbaik kerana makanan yang disediakan adalah segar dan semulajadi. Usaha ibubapa yang tidak bergantung kepada makanan siap proses amat dipuji. Ini kerana boleh dikatakan makan siap proses ini mengandungi perisa tambahan, pengawet serta pewarna tiruan.

    Ketika anak-anak membesar dan terdedah kepada persekitaran yang dikelilingi makanan siap proses. Dikenali juga sebagai junk food, jajan (panggilan ketika zaman kanak-kanak dahulu) dan makanan ini mempunyai rendah nilai khasiatnya malahan berbahaya kepada kesihatan anak-anak. Tetapi siapa boleh melarang tatkala anak-anak berada diluar pemerhatian ibubapa. Pada satu tahap, anak-anak ini menjadi "ketagih" kepada makanan siap proses. Ia berlarutan kepada tahap mereka menjadi dewasa. Terdedah pula kepada makanan berminyak, manis dan berlemak.

Sukar untuk menahan godaan makanan seperti ini,kan? Ini resepi kepada kemorosotan kualiti kesihatan. Kurang kesedaran + gaya hidup kurang sihat + tuntutan kerja yang berlebihan + tiada pemantauan kesihatan secara berkala + ambil mudah soal kesihatan tubuh = penyakit berbahaya serta kronik.




Sunday, April 17, 2016

Aloe Barbadensis Miller.

    Mengapa Aloe Barbadensis Miller? Aloe vera merupakan tumbuhan tergolong dalam famili Lily. Tetapi mempunyai rupa seperti pokok kaktus.

    Direkodkan terdapat 240 spesis Aloe Vera didalam dunia ini. Walaubagaimanapun, hanya 4 spesis yg dikenalpasti mempunyai nilai khasiat yang tinggi.

    Forever Living Products menggunakan Aloe Barbadensis Miller kerana mempunyai nilai khasiat yang amat tinggi:-

200 Aktif Kompoun
  75 Nutrien
  20 Mineral
  18 Asid Amino
  12 Vitamin




    Sejak berabad dahulu, terawal direkodkan, Cleopatra menggunakan aloe vera sebagai bahan kecantikan untuk kulit beliau. Menjadi bahan perubatan terawal masyarakat China. Kini Forever Living Products membawakan Stabilized Aloe Vera Gel yang dipatenkan, 100% dari aloe vera segar seperti anda membelahbuka gelnya untuk dimakan terus.


    Semua produk keluaran Forever Living Products diperakaui halal dan diberi pengiktirafan oleh IFANCA atau
Islamic Food And Nutrition Council Of  America. Ianya sebuah majlis yang ditubuhkan bukan atas dasar untuk membuat keuntungan sejak dari tahun 1982 dan merupakan peneraju pengiktirafan halal untuk pasaran dunia.

    IASC atau International Aloe Science Council merupakan sebuah non-profit trade organization untuk industri yang berasaskan aloe vera seluruh dunia, ditubuhkan pada tahun 1981 di Amerika Syarikat. Pertubuhan ini akan memastikan setiap produk yang mengandungi aloe vera ini selamat untuk dikonsum oleh penggunna. Anda perlu mengetahui bahawa terdapat bahan toksid didalam aloe vera yang dipanggil Amodein. Forever Living Products memastikan bahawa setiap produknya bebas dari toksid ini dan ianya diperakui oleh IASC.

    Nak tahu apa itu toksid Amodein? Ambil fresh aloe vera, belah dan ambil isi dalamnya yang lutsinar tu. Sapukan pada kulit muka dan anda akan terasa gatal-gatal pada kulit wajah anda...itulah toksid tersebut.

    Forever Living Products merupakan syarikat terawal didunia yang mendapat pengiktirafan penting ini.


    Kosher pula adalah pertubuhan yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap produk ini bersih, tulen dan berkualiti, baik dari bahan-bahan yang digunakan mahupun kebersihan didalm proses pembuatannya. Produk yang mendapat pengiktarafan Kosher terdiri daripada bahan-bahan organik dan bebas dari sumber yang disilangbiak atau cross-breed.


Saturday, April 16, 2016


Mengapa Aloe Vera dari Forever??

Forever Living Products merupakan peladang dan pengilang produk aloe vera terbesar dunia. Walaupun menguasai pasaran aloe vera dunia, harga yang ditawarkan adalah mampu milik tanpa menjejaskan kualiti kesegaran, halal dan selamat untuk para pengguna. 

Disini saya akan berkongsi pengetahuan tentang kebaikan dan juga kelebihan produk-produk di bawah label Forever Living Products