Tidak terasa yang masa begitu pantas berlalu. Sedar tidak sedar, kita sudah berada di bulan Sya'ban, 1437 Hijrah. Ini bermakna kita di ambang bulan Ramadhan. Tiada bulan yang amat dirindui dan dinanti oleh semua jiwa muslim..ahlan wa sahlan ya ramadhon al-mubarak.
Dijangka pada tahun 2016, 1 Ramadhan bakal jatuh pada 6 Jun. Tidak sampai sebulan lagi. Ada yang sudah melakukan beberapa persiapan awal seperti persalinan aidilfitri yang sedondon, langsir baru dan tempahan kuih raya.
Tidak kurang juga yang berkira-kira untuk menurunkan berat badan kepada yang lebih ideal dan cuba untuk berhenti merokok.
Disini saya ingin berkongsi petua untuk menurunkan berat badan secara sihat 9 hari terakhir bulan Sya'ban. Disusuli puasa sebulan di bulan Ramadhan. Bagi yang mempunyai tabiat merokok, In Shaa Allah..anda juga akan berhenti merokok sebagai bonus.
Set CLEAN 9 FOREVER mengandungi :-
1. Aloe Vera Gel (3 botol)
2. Susu Soya Foreverlite Ultra (1 tin)
3. Minyak Ikan Artic Sea (1 botol)
4. Bee Pollen (1 botol)
Fokus utama set CLEAN 9 FOREVER yang utama adalah untuk melakukan aktiviti penyahtoksinan (detoxs) dibahagian organ-organ vital seperti bahagian usus, jantung, limpa, pankreas dan kapilari darah. Bahagian ini boleh diibaratkan seperti sebuah enjin bagi kenderaan. Jika bahagian ini dapat melakukan fungsi asal secara optimum, ia pasti akan menyumbang kepada perubahan positif bagi mereka yang menghadapi kemerosotan taraf kesihatan.
Susulan dari penyahtoksinan ini, berat badan anda juga akan menurun secara sihat. Ini berlaku kerana lemak-lemak yang berada di dalam tubuh turut disingkirkan.
Ini antara beberapa testimoni mereka yang menyertai pogram pengurusan berat badan secara sihat FOREVER LIVING PRODUCTS.
Gambar dibawah ini pula adalah testimoni dari ibu saya sendiri, Puan Arpah Ismail.
Ibu saya turun 4 kilogram untuk 3 hari pertama dan berat tersebut kekal untuk 6 hari berikutnya. Sebelum ini, ibu saya mempunyai masalah darah tinggi, sakit sendi lutut dan tumit. Selepas berakhir pogram 9 hari CLEAN 9 FOREVER, Alhamdulillah kesihatan ibu saya lebih baik dan kesakitan pada lutut dan tumit berkurang.
Didalam pogram CLEAN 9 FOREVER, untuk dua hari pertama, anda tidak boleh memakan nasi tetapi digantikan dengan susu soya FOREVERLITE ULTRA WITH AMINOTEIN™ yang dibancuh bersama susu segar rendah lemak.
Dari pengalaman ibu saya, beliau tidak berasa letih dan lapar walaupun tidak mengambil hidangan nasi seperti biasa. Gabungan fiber didalam Aloe Vera Gel yang tinggi dan susu soya FOREVERLITE ULTRA WITH AMINOTEIN™ yang tinggi khasiat protein dan vitamin, dan yang penting Glycemix Index yang rendah, ianya menyebabkan ibu saya sentiasa bertenaga dan tidak berasa lapar.
Pada hari ke-3 dan berikutnya, anda boleh mengambil 1 hidangan nasi putih sekali sehari atau apa-apa pilihan hidangan yang telah disyorkan pada buku manual CLEAN 9 FOREVER mengikut bacaan Body Metabolisme Rate (BMR) individu.
Bagi mereka yang merokok, Aloe Vera Gel ini akan menyingkirkan nikotin yang melekat pada tunas rasa lidah dan sistem pernafasan anda menyebabkan anda tidak akan menyukai pada rasa asap rokok.
Didalam set CLEAN 9 FOREVER juga terdapat Bee Pollen.
Bee Pollen ini adalah diantara produk yang mendapat sambutan tinggi kerana khasiat debunga yang ada pada sarang lebah. Dengan mengambil Bee Pollen, ianya memberi anda tenaga tambahan sepanjang hari.
Jadi...bagi yang tercari-cari titik mula untuk mengurangkan berat badan secara sihat, inilah masanya..9 hari terakhir Sya'ban. Masa yang tepat dengan produk yang hebat. Kalau terlepas peluang ini, anda terpaksa menunggu tahun hadapan untuk berjumpa semula dengan Ramadhan.
Anda boleh call/sms/whatsapp saya, Mahathir 011-2363 9310. Saya akan bantu anda.