Tuesday, May 10, 2016

Petua Turun Berat Badan Setahun Sekali

Assalammualaikum wbr....

    Tidak terasa yang masa begitu pantas berlalu. Sedar tidak sedar, kita sudah berada di bulan Sya'ban, 1437 Hijrah. Ini bermakna kita di ambang bulan Ramadhan. Tiada bulan yang amat dirindui dan dinanti oleh semua jiwa muslim..ahlan wa sahlan ya ramadhon al-mubarak.

    Dijangka pada tahun 2016, 1 Ramadhan bakal jatuh pada 6 Jun. Tidak sampai sebulan lagi. Ada yang sudah melakukan beberapa persiapan awal seperti persalinan aidilfitri yang sedondon, langsir baru dan tempahan kuih raya. 

    Tidak kurang juga yang berkira-kira untuk  menurunkan berat badan kepada yang lebih ideal dan cuba untuk berhenti merokok.

    Disini saya ingin berkongsi petua untuk menurunkan berat badan secara sihat 9 hari terakhir bulan Sya'ban. Disusuli puasa sebulan di bulan Ramadhan. Bagi yang mempunyai tabiat merokok, In Shaa Allah..anda juga akan berhenti merokok sebagai bonus.


   Set CLEAN 9 FOREVER mengandungi :-
     1. Aloe Vera Gel (3 botol)
     2. Susu Soya Foreverlite Ultra (1 tin)
     3. Minyak Ikan Artic Sea (1 botol)
     4. Bee Pollen (1 botol)

    Fokus utama set CLEAN 9 FOREVER yang utama adalah untuk melakukan aktiviti penyahtoksinan (detoxs) dibahagian organ-organ vital seperti bahagian usus, jantung, limpa, pankreas dan kapilari darah. Bahagian ini boleh diibaratkan seperti sebuah enjin bagi kenderaan. Jika bahagian ini dapat melakukan fungsi asal secara optimum, ia pasti akan menyumbang kepada perubahan positif bagi mereka yang menghadapi kemerosotan taraf kesihatan.

  Susulan dari penyahtoksinan ini, berat badan anda juga akan menurun secara sihat. Ini berlaku kerana lemak-lemak yang berada di dalam tubuh turut disingkirkan.


    Ini antara beberapa testimoni mereka yang menyertai pogram pengurusan berat badan secara sihat FOREVER LIVING PRODUCTS. 

    Gambar dibawah ini pula adalah testimoni dari ibu saya sendiri, Puan Arpah Ismail.
    Ibu saya turun 4 kilogram untuk 3 hari pertama dan berat tersebut kekal untuk 6 hari berikutnya. Sebelum ini, ibu saya mempunyai masalah darah tinggi, sakit sendi lutut dan tumit. Selepas berakhir pogram 9 hari CLEAN 9 FOREVER, Alhamdulillah kesihatan ibu saya lebih baik dan kesakitan pada lutut dan tumit berkurang.

    Didalam pogram CLEAN 9 FOREVER, untuk dua hari pertama, anda tidak boleh memakan nasi tetapi digantikan dengan susu soya FOREVERLITE ULTRA WITH AMINOTEIN™ yang dibancuh bersama susu segar rendah lemak.

    Dari pengalaman ibu saya, beliau tidak berasa letih dan lapar walaupun tidak mengambil hidangan nasi seperti biasa. Gabungan fiber didalam Aloe Vera Gel yang tinggi dan susu soya FOREVERLITE ULTRA WITH AMINOTEIN™ yang tinggi khasiat protein dan vitamin, dan yang penting Glycemix Index yang rendah, ianya menyebabkan ibu saya sentiasa bertenaga dan tidak berasa lapar.

    Pada hari ke-3 dan berikutnya, anda boleh mengambil 1 hidangan nasi putih sekali sehari atau apa-apa pilihan hidangan yang telah disyorkan pada buku manual CLEAN 9 FOREVER mengikut bacaan Body Metabolisme Rate (BMR) individu.

   Bagi mereka yang merokok, Aloe Vera Gel ini akan menyingkirkan nikotin yang melekat pada tunas rasa lidah dan sistem pernafasan anda menyebabkan anda tidak akan menyukai pada rasa asap rokok.

    Didalam set CLEAN 9 FOREVER juga terdapat Bee Pollen.
    Bee Pollen ini adalah diantara produk yang mendapat sambutan tinggi kerana khasiat debunga yang ada pada sarang lebah. Dengan mengambil Bee Pollen, ianya memberi anda tenaga tambahan sepanjang hari.

    Jadi...bagi yang tercari-cari titik mula untuk mengurangkan berat badan secara sihat, inilah masanya..9 hari terakhir Sya'ban. Masa yang tepat dengan produk yang hebat. Kalau terlepas peluang ini, anda terpaksa menunggu tahun hadapan untuk berjumpa semula dengan Ramadhan.

    Anda boleh call/sms/whatsapp saya, Mahathir 011-2363 9310. Saya akan bantu anda.

Tuesday, May 3, 2016

Bila Anda Di Landasan Yang Betul...



  Ini adalah pasangan yang boleh dikatakan muda didalam perniagaan Forever Living Products. 2014 merupakan tahun ke-2 tetapi bagi Pn.Juraidah, lebih dikenali dengan panggilan Jue, menyatakan bahawa ini x mungkin berlaku jika dia masih bersama syarikat MLM terdahulu walaupun sudah bergelar Crown Diamond Manager. Dengan pendapatan tahunan RM 374,503.74 dan Chairman's Bonus Manager sebanyak RM 66,555.90, pasangan ini mendapat pendapatan terkumpul sebanyak RM 441,059.64.
 
Mari kita lihat pencapaian En.Ahmad dan Pn.Jue pada tahun ke-3 mereka bersama Forever Living Products.

  Mendapat anugerah 2015 Star Achievers Award, pasangan ini menduduki tangga pertama dalam Top 10 Income Earner Malaysia. Mereka tidak lagi menoleh kebelakang sebaliknya terus melebarkan rangkaian bersama rakan-rakan kongsi yang mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama.

  Dari pendapatan tahunan RM 374,503.74 (2014), melonjak 115.44%  kepada RM 806,825.79 (2015).

  Bagaimana dengan Chairman's Bonus Manager? 


  Pada tahun 2014, mereka berada di Chairman's Bonus Manager Level 1 iaitu RM 66,555.90. Lihat bagaimana jumlah tersebut melonjak dari Level 1 (2014) kepada Level 2 (2015) iaitu RM 422,216.23 ( US$ 108,079.96). Jika diterjemahkan dalam peratusan, ianya adalah peningkatan 534.38%.

  2015 menyaksikan En.Ahmad dan Pn.Jue mengumpul pendapatan keseluruhan sebanyak RM 1,229,042.00 atau peningkatan peratusan 178.66% berbanding tahun 2014 iaitu RM 441,059.64.

  Dari pemahaman saya, jika dilihat kepada peratusan peningkatan, amat mustahil bagi mereka yang berada pada "Quadrant Self-employed" untuk memperolehi peningkatan sebegitu. Apatah lagi jika dibandingkan kepada mereka yang berada pada "Quadrant Employed". Peratusan ini dapat dicapai atau hanya dapat dicapai sekiranya anda berada pada " Quadrant Business" dan "Quadrant Investment".

  Suka disini saya menyatakan mereka melakukan " Business & Investment" pada masa yang sama. "Business" dilakukan dengan aktiviti fizikal perniagaan dan "investment" pula dilakukan dalam bentuk atau kaedah mendidik rakan kongsi mengenai penyediaan diri dalam memberi peluang kepada diri sendiri untuk berubah ke arah yang lebih baik.

  Ramai diluar sana termasuk diri saya sendiri mempunyai harapan untuk mendapat sesuatu yang lebih baik untuk diri dan keluarga tercinta. Atas harapan ini, ianya menjadi bahan bakar untuk memberanikan diri menceburi bidang perniagaan.


   Pada ruangan akan datang, saya akan menerangkan faktor-faktor penting dalam memilih syarikat atau produk yang betul sebelum membuat keputusan untuk berniaga.

  Bersyukur kepada Allah SWT kerana mendapat pemahaman ini dari rakan kongsi yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.

In Shaa Allah...

Mahathir
011-2363 9310

 

Tuesday, April 19, 2016

Penyakit:- Dari Mana Ia Bermula?



    Biasa mendengar pepatah inggeris "You are what you eat"? Bagi muslim pula mungkin sudah biasa mendengar atau membaca hadith atau ayat Al-Quran mengenai pemakanan dan kesihatan seperti;

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" 
( Surah al-A'raf:31)

"Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada yang telah Kami rezekikan kepadamu" 
(Surah al-Baqarah:172)

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim)

    Yakinilah sahabat semua, kemerosotan kualiti kesihatan kita adalah kesan langsung dari sikap kita yang tidak menitikberatkan isu makanan dan pemakanan. Selain itu, amalan senaman yang kurang dilakukan atas faktor kesibukan kerja seharian menjadi resepi tambahan kepada masalah kesihatan yang sedia ada menjadi lebih buruk.


    Ini adalah sistem pencernaan manusia yang akan mempengaruhi keadaan kesihatan fizikal secara langsung. Bermula dari kunyahan pertama di bahagian mulut, proses tindakbalas bio-kimia memulakan proses pencernaan sebelum dihantar ke bahagian perut melalui esofagus. Rasullullah SAW bersabda sebagai panduan kepada kita agar mengunyah makanan sehingga menjadi halus dan ianya bersebab. 

    Apabila makanan sudah menjadi halus, maka mudahlah untuk ia melalui esofagus dan asid gaster didalam perut lebih senang untuk menguraikan makanan itu. Pernah tidak anda merasa seperti sukar bernafas tatkala makanan melalui esofagus anda? Saluran tekak anda juga berkongsi dengan sistem pernafasan anda. Sekiranya anda tidak menguyah makanan anda menjadi halus dan anda menelannya dalam jumlah yang banyak, pasti anda akan rasa sesak nafas disebabkan udara tidak sampai ke peparu anda. Fahamkan mengapa Rasullullah SAW menyarankan kita untuk mengunyah halus sebelum menelan.

    Ketika peringkat bayi, boleh dikatakan pemakanan bayi yang diberikan oleh ibubapa adalah terbaik kerana makanan yang disediakan adalah segar dan semulajadi. Usaha ibubapa yang tidak bergantung kepada makanan siap proses amat dipuji. Ini kerana boleh dikatakan makan siap proses ini mengandungi perisa tambahan, pengawet serta pewarna tiruan.

    Ketika anak-anak membesar dan terdedah kepada persekitaran yang dikelilingi makanan siap proses. Dikenali juga sebagai junk food, jajan (panggilan ketika zaman kanak-kanak dahulu) dan makanan ini mempunyai rendah nilai khasiatnya malahan berbahaya kepada kesihatan anak-anak. Tetapi siapa boleh melarang tatkala anak-anak berada diluar pemerhatian ibubapa. Pada satu tahap, anak-anak ini menjadi "ketagih" kepada makanan siap proses. Ia berlarutan kepada tahap mereka menjadi dewasa. Terdedah pula kepada makanan berminyak, manis dan berlemak.

Sukar untuk menahan godaan makanan seperti ini,kan? Ini resepi kepada kemorosotan kualiti kesihatan. Kurang kesedaran + gaya hidup kurang sihat + tuntutan kerja yang berlebihan + tiada pemantauan kesihatan secara berkala + ambil mudah soal kesihatan tubuh = penyakit berbahaya serta kronik.




Sunday, April 17, 2016

Aloe Barbadensis Miller.

    Mengapa Aloe Barbadensis Miller? Aloe vera merupakan tumbuhan tergolong dalam famili Lily. Tetapi mempunyai rupa seperti pokok kaktus.

    Direkodkan terdapat 240 spesis Aloe Vera didalam dunia ini. Walaubagaimanapun, hanya 4 spesis yg dikenalpasti mempunyai nilai khasiat yang tinggi.

    Forever Living Products menggunakan Aloe Barbadensis Miller kerana mempunyai nilai khasiat yang amat tinggi:-

200 Aktif Kompoun
  75 Nutrien
  20 Mineral
  18 Asid Amino
  12 Vitamin




    Sejak berabad dahulu, terawal direkodkan, Cleopatra menggunakan aloe vera sebagai bahan kecantikan untuk kulit beliau. Menjadi bahan perubatan terawal masyarakat China. Kini Forever Living Products membawakan Stabilized Aloe Vera Gel yang dipatenkan, 100% dari aloe vera segar seperti anda membelahbuka gelnya untuk dimakan terus.


    Semua produk keluaran Forever Living Products diperakaui halal dan diberi pengiktirafan oleh IFANCA atau
Islamic Food And Nutrition Council Of  America. Ianya sebuah majlis yang ditubuhkan bukan atas dasar untuk membuat keuntungan sejak dari tahun 1982 dan merupakan peneraju pengiktirafan halal untuk pasaran dunia.

    IASC atau International Aloe Science Council merupakan sebuah non-profit trade organization untuk industri yang berasaskan aloe vera seluruh dunia, ditubuhkan pada tahun 1981 di Amerika Syarikat. Pertubuhan ini akan memastikan setiap produk yang mengandungi aloe vera ini selamat untuk dikonsum oleh penggunna. Anda perlu mengetahui bahawa terdapat bahan toksid didalam aloe vera yang dipanggil Amodein. Forever Living Products memastikan bahawa setiap produknya bebas dari toksid ini dan ianya diperakui oleh IASC.

    Nak tahu apa itu toksid Amodein? Ambil fresh aloe vera, belah dan ambil isi dalamnya yang lutsinar tu. Sapukan pada kulit muka dan anda akan terasa gatal-gatal pada kulit wajah anda...itulah toksid tersebut.

    Forever Living Products merupakan syarikat terawal didunia yang mendapat pengiktirafan penting ini.


    Kosher pula adalah pertubuhan yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap produk ini bersih, tulen dan berkualiti, baik dari bahan-bahan yang digunakan mahupun kebersihan didalm proses pembuatannya. Produk yang mendapat pengiktarafan Kosher terdiri daripada bahan-bahan organik dan bebas dari sumber yang disilangbiak atau cross-breed.


Saturday, April 16, 2016


Mengapa Aloe Vera dari Forever??

Forever Living Products merupakan peladang dan pengilang produk aloe vera terbesar dunia. Walaupun menguasai pasaran aloe vera dunia, harga yang ditawarkan adalah mampu milik tanpa menjejaskan kualiti kesegaran, halal dan selamat untuk para pengguna. 

Disini saya akan berkongsi pengetahuan tentang kebaikan dan juga kelebihan produk-produk di bawah label Forever Living Products